Monday, 23 October 2017
Perlaksanaan PASains UMK-MARA
PASains UMK-MARA dilaksanakan untuk melahirkan pelajar sains yang berorientasikan keusahawanan dan ia menekankan kepada pembangunan minda dan sahsiah pelajar-pelajarnya.


BAGAIMANA?

Melalui sistem penyampaian PPKS UMK, yang terdiri daripada:-

  1. Kuliah/Tutorial - lebih terdorong kepada penggunaan pendekatan Student Centered Learning seperti Case Study, Problem-Based Learning (PBL), Project Oriented Problem-Based Learning, Discussion, Presentation dan Visitation.
  2. Praktikal - Pengajaran dan pengendalian secara praktikal pula melibatkan praktikal di makmal dan pengendalian praktikal di lapangan. Dalam praktikal lapangan, pelajar dibawa keluar bilik kuliah ke kilang-kilang dan tempat di mana sains dan teknologi diaplikasikan.
  3. Program Sokongan Pengajaran - Student Entrepreneurial Experience Programme (SEEP) - pelajar menimba pengalaman sebagai usahawan
  4. Seminar Keusahawan - Tokoh usahawan dijemput untuk berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan.