Monday, 23 October 2017

 

PROGRAM PRAUNIVERSITI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

 

Program ini di wujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar cemerlang Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan bekalan ilmu pengetahuan yang secukupnya bagi melayakkan mereka mengikuti pelbagai program diperingkat ijazah di USM. Program ini bermatlamat untuk menghasilkan graduan cemerlang di peringkat pra-siswazah yang berkebolehan untuk meneruskan pengajian keperingkat pasca-siswazah ( M.Sc dan Ph.D ).

 

Program ini mengambil masa selama satu tahun bermula pada bulan Mei. Pelajar-pelajar yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dan memenuhi syarat seperti yang telah ditetapkan oleh USM akan ditawarkan untuk mendaftar dalam pelbagai program pengajian di USM pada bulan September tahun yang berikutnya.