Sunday, 05 September 2010
Kata Aluan Pengarah PDF Print E-mail
Written by administrator   

 

Haji Ruslan Abdul Shukor

 

KEPIMPINAN DALAM PEMBELAJARAN UNTUK KECEMERLANGAN

Semua pihak memberi sokongan dan kepimpinan untuk pembelajaran yang berkesan adalah berkaitan keinginan (will) untuk melakukan apa yang diketahui patut dilakukan.Satu metafora tentang perkara ini dalam mengejar kecemerlangan adalah seperti berikut :-

Satu syarikat perkapalan di Pantai Barat Amerika Syarikat selama beberapa generasi telah mempertahankan komitmennya untuk mengeluarkan kapal-kapal yang berkualiti dengan menegakkan satu papan tanda yang berbunyi “We build good ships – at a profit if we can, at a loss if we must – but always good ships”.

Pada suatu masa syarikat ini telah dibeli oleh syarikat gergasi lain dan mereka telah menjatuhkan papan tanda ini. Pemimpin-pemimpin dalam pengurusan perlu bertanya dan berbincang dengan guru-guru adakah kita sanggup meletakkan papan tanda ini di depan sekolah dan ibu pejabat kita. ”We’ll teach your child well-with ease when possible – with extra effort when necessary-but we will teach your child well”.

 

William Ayers (1993) dalam bukunya To Teach:The Journey of a Teacher, menggunakan satu metafora yang menarik untuk mencerminkan jambatan pembelajaran yang didirikan untuk menghubungkan pelajar dan pembelajaran (learning).Membuat jambatan memerlukan seseorang untuk menyusun papan pertama. Sekolah biasanya beranggapan pelajarlah yang sepatutnya meletakkan papan yang pertama, yang kedua dan seterusnya. Ini menggagalkan ramai pelajar. Adalah jelas pada saya bahawa guru-guru adalah arkitek dan kontraktor yang membina jambatan ini. Beliau mesti tahu tentang dunia ini, mengetahui secara keseluruhan dimana arah jambatan ini, dan mempunyai keyakinan bahawa beliau dan pelajar-pelajarnya bersama-sama akan sampai ke sana dan beliau mesti senantiasa berhubung rapat dengan pelajar semasa jambatan ini didirikan.

Metafora ini juga melambangkan bagaimana keterbezaan dalam P&P harus berlaku untuk mencapai kecemerlangan akademik mahupun yang lain. Sebagai satu kelaziman, guru-guru selalunya mencampakkan papan-papan dan paku-paku bertaburan dan membantu pelajar-pelajar membina dengan cara yang sama dan menggunakan alat-alat yang sama. Pendekatan ini tidak berkesan dalam sekolah hari ini dan secara etika tidak boleh dipertahankan. Kita amat memerlukan sangat guru-guru yang akan menjadi arkitek dan kontraktor yang bertekad untuk membantu setiap individu (pelajar) membina jambatan ke arah kejayaan. Guru juga harus menjadi fasilitator supaya pelajar boleh berdikari dan bergerak ke arah ‘individualized learning’.

Di sebaliknya metafora ini juga boleh ditulis untuk menunjukkan peranan pentadbir-pentadbir sekolah sebagai pemimpin. Biasa juga pemimpin-pemimpin sekolah mengandaikan gurulah orang pertama yang sepatutnya meletakkan papan yang pertama, kedua dan seterusnya untuk pembelajaran dan pengajaran berkesan dalam bilik darjah. Sebagai pemimpin kita melemparkan kepingan papan ini dan beberapa paku (mungkin atau tidak) dengan harapan jambatan ini akan dibina dan perubahan akan belaku. Dalam masa yang sama kita mungkin membina halangan-halangan terhadap pembinaan jambatan ini dan menjadi marah kerana tiada apa-apa yang berubah menjadi lebih baik.

Oleh itu Ayers menasihatkan kita sebagai pemimpin haruslah memahami guru sebagai individu, berhubung erat, supaya jambatan dibina dengan betul merangsang guru meneroka alam yang tidak dikenali dan mempunyai makna yang lebih luas tentang bilik darjah dan tahu arah jambatan yang hendak dituju. Mengekalkan keyakinan bersama, guru dan pentadbir boleh membawa pelajar ke mana mereka hendak pergi dengan jayanya.Justeru itu, satu perancangan strategi tahunan yang bersepadu (holistik) amat diperlukan untuk mencapai visi dan misi sekolah dengan cemerlang.

Ruslan Abdul Shukor
Pengarah KMK