| Sejarah KMKulim |
|
|
|
| Written by webmaster |
SEJARAH KOLEJ MARA KULIM
Kolej MARA Kulim mula beroperasi sebagai Maktab Rendah Sains Mara Kulim pada 1 Mac 1977, mengendalikan program Pendidikan Menengah dengan pengambilan seramai 149 orang pelajar tingkatan 1.
MRSM Kulim diberi kepercayaan mengendalikan program untuk pelajar pintar cerdas buat kali pertama dalam sistem MRSM. Program ini dikenali sebagai Program Khas Penuntut (PKP) telah berlangsung dari tahun 1988 hingga 1991 dengan pengambilan pelajar Tingkatan 4 sesi pengajian 1988-1989 dan 1990-1991. Ia dipindahkan ke MRSM Taiping selepas program PKP mencapai 100% gred 1 dalam SPM tahun 1989 dan 1991.
Kemudian MRSM Kulim dinaiktaraf menjadi sebuah pusat matrikulasi sepenuhnya. Program matrikulasi yang pernah dijalankan:
MRSM Kulim telah ditukar nama kepada Kolej MARA Kulim pada Februari 1994. Kini Kolej MARA Kulim menjalankan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (MKPM) dan Kursus Asas Sains dan Teknologi Universiti Kuala Lumpur (FiST UniKL). |


Sejarah KMKulim

