Tuesday, 18 June 2013
PPKS UMK PDF Print E-mail
Written by webmaster   

PROGRAM PERSEDIAAN KEUSAHAWANAN SAINS UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

  • PPKS UMK adalah sebuah program persediaan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini adalah inisiatif Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijalankan di Kolej MARA Kulim.
  • Matlamat PPKS UMK adalah untuk menyediakan bakal graduan dengan ilmu dalam bidang sains dan diperkukuhkan dengan bidang keusahawanan.
  • Graduan PPKS UMK boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama dalam program perubatan veterinari, program sains atau program lain di UMK (sekiranya menepati syarat-syarat kemasukan).
  • PPKS UMK sangat menekankan kepada pembangunan insan yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif, berketrampilan, mempunyai jati diri yang tinggi dan memiliki nilai-nilai keusahawanan untuk menjadi pelapis usahawan bumiputera dan pemimpin masa depan.
  • PPKS UMK juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di universiti.
PPKS UMK berhasrat melahirkan insan yang berdikari, yang mampu mencari peluang, boleh mencipta pekerjaan sendiri dan untuk orang lain.

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

  • UMK adalah institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-19 di Malaysia
  • Falsafah kurikulum UMK adalah berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dengan slogannya: Entreprenuerial University dan Entrepreneurship is Our Thrust digunakan dengan meluas.
  • Fakulti dan Program Pengajian yang terdapat di UMK:-
    1. Fakulti Perubatan Veterinar
    2. Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli
    3. Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
    4. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
    5. Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah
    6. Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME)
Untuk maklumat lanjut sila layari : http://www.umk.edu.my

KOLEJ MARA KULIM (KMKulim)

  • PPKS UMK dikendalikan di Kolej MARA Kulim, Jalan Junjong, Kedah Darul Aman.
  • KMKulim adalah sebuah kolej yang telah beroperasi sejak tahun 1977 (sebagai MRSM Kulim).
  • Seterusnya, ia telah meluaskan bidang kepakaran ke peringkat pengajian tinggi dengan mengendalikan program-program matrikulasi dan kursus persediaan (KP) seperti matrikulasi USM, UKM, UUM, UPM, UMS, KPUTM, KPUniKL dan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (MKPM).
  • Terkini, KMKulim mengendalikan program MKPM dan PPKS UMK.
Untuk maklumat lanjut sila klik >> sejarah KMKulim